|
Makanan Barat Halal - Restoren Star Deli. |
Kalau terasa nak makan ala-ala western di Johor Baharu, kami cadangkan anda untuk mencuba restoren makanan barat halal Star Deli. Ini adalah kali pertama kami ke sini dan terus selesa dengan suasana restorennya yang tenang. Servis pula pantas dan yang paling penting, layanan yang diberikan sungguh mesra.
|
Lamb Chop |
Pelbagai pilihan makanan barat disediakan disini, namun kami hanya sempat untuk mencuba empat hidangan iaitu Lamb Chop, Fish & Chip, Kids Bolognese dan Fries Melt Cheese. Untuk Kids Bolognese, mungkin pihak Star Deli dapat mengurangkan sedikit tahap kepedasan supaya bersesuaian dengan selera kanak-kanak. Namun secara keseluruhan kami amat berpuas hati dan pasti akan kembali untuk mencuba menu-menu yang lain.
|
Fish & Chip dan Cheese Fries |
Total untuk makan tengah hari kami pada hari ini ialah RM74.25 termasuk service tax;
- Lamb Chop - RM 24.90
- Fish & Chip - RM 16.90
- Chees Fries - RM 9.90
- Kids Bolognese - RM 9.90
- Tea Chamomile - RM6.90
Jika berminat, Restoren Star Deli berada di:
Alamat: 22, Jalan Kolam Air, 01 Taman Nong Chik Heights, Johor Bahru
Telefon: 07-207 0496
Waktu operasi: setiap hari dari 12.30 pm - 11.30 pm