Macam-macam ada di Singgah Selalu, Johor Bahru

Singgah Selalu
Singgah Selalu 
Aku melangkah ke tahun 2015 dengan penuh debar. Harga minyak jatuh, harga barang tak turun, anak masuk darjah satu, gaji tak naik. Ada dua cara sahaja yang mampu untuk mengatasi masalah yang amat berat ini. Cara pertama, cari extra income dan  cara yang kedua pula, berjimat cermat.

Aku pilih untuk berjimat cermat. Nak cari income lebih tu buleh, tapi takut nanti tak banyak free time bersama family pula.  Buleh dikatakan hampir setiap hari, aku bawa bekal ke pejabat dan makan malam pula dirumah. Average, lima hari dalam seminggu mesti makan masakan dirumah. Hebat tak? 

Jimat tu, jimat juga, jangan sampai jadi macam Haji Bakhil sudah. Itu kedekut namanya..Sekali sekala, bawa la famili makan di luar. So, untuk mengelakan dari menjadi Haji Bakhil, setiap Ahad(selalunya lepas ambil tuan puteri balik sekolah) aku terus bawa famili aku lunch out. Just fyi, takut korang konfius, aku ni duduk JB, so Ahad sekolah.

Singgah Selalu
Singgah Selalu
Ahad lepas, we had lunch at Singgah Selalu Restaurant. Ok tempat ni, macam-macam hidangan makanan ada, Malay, Chinese, Indian, Arabic, Western dan macam macam lagi. Harga pun buleh tahan mahalnya, tapi sekali sekala ok kot. Lagi pun tempat selesa dan bersih, servis pula terbaik dan pantas. Untuk lunch, aku dan isteri ambil nasi campur. Anak-anak pula order western.

So kalau datang JB, buleh la try singgah di restoren Singgah Selalu. Tak payah pening-pening pasal nak cari makanan di JB. Di sini semuanya ada.. 

Singgah Selalu Restaurant 
36-F, Jalan Skudai, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor 
Phone:07-237 7255 
Hours:Open 24 hours

  


Post a Comment

NB: Anonymous and keywords comment will not be published.

Previous Post Next Post